Jessica Jung Muncul Selepas Disingkirkan Daripada Girls' Generations

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 12:05 AM

Jessica Jung. Foto: koreaboo.com

(Ubah saiz teks)

SETELAH disingkirkan daripada kumpulan Girls’ Generations, Jessica Jung akhrinya dilihat muncul di khalayak buat pertama kalinya bagi mempromosikan jenama produk Blanc & Eclare.

Kemunculannya sempena ulang tahun pertama Lane Crawford di Shanghai itu mengejutkan ramai pihak apatah lagi keterbukaannya untuk ditemuramah buat pertama kali selepas meninggalkan kumpulan berkenaan.

Koreaboo melaporkan, ia juga adalah kemunculan pertamanya sebagai ketua pereka fesyen bagi produk tersebut.

Dalam majlis itu, Jessica telah bercerita mengenai perancangan masa depannya termasuklah dalam industri hiburan.

“Saya dalam persediaan untuk melangkah ke dunia fesyen dan tidak pernah hilang semangat dalam dunia seni. Peminat banyak memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Jessica Jung , Girls' Generations

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan