Song Ga Yeon Jalani Terapi Kerana Diugut Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 12:00 AM

Ga Yeon mendapat ugutan bunuh daripada peminatnya sehingga menyebabkan dia mengalami gangguan emosi.

(Ubah saiz teks)

BINTANG realiti program Roomates musim pertama iaitu Song Ga Yeon terpaksa menjalani sesi terapi kerana berasa tertekan selepas mendapat ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Soompi melaporkan Ga Yeon mengalami gangguan emosi akibat ugutan tersebut dan ia turut menjejaskan prestasinya yang juga seorang atlet dalam sukan tinju.

Dilaporkan punca Ga Yeon menerima ancaman tersebut kerana peminat tidak berpuas hati dengan aksinya di gelanggang tinju yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini sehingga mahu membunuhnya menggunakan gergaji.

Dalam program Roomates, Ga Yeon bergandingan dengan Bom (2NE1) dan Lee Sora sehingga popularitinya melonjak dikalangan peminat.

Tags / Kata Kunci: Song Ga Yeon , Roomates.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan