Kristal f(x) Pengsan Ketika Mengadakan Konsert

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 12:05 AM

Kristal pengsan ketika menyampaikan lagu Red Light bersama anggota kumpulannya, f(x).

(Ubah saiz teks)

KONSERT SMTown yang berlangsung di Shanghai pada Sabtu lalu menjadi kecoh apabila anggota kumpulan f(x) iaitu Kristal pengsan ketika mempersembahkan lagu hit mereka, Red Light.

Menurut laporan portal Koreaboo, keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pihak kru konsert itu segera membawa Kristal keluar daripada pentas.

Kata salah seorang peminat kumpulan itu yang berada di konsert berkenaan, Kristal kelihatan tidak bermaya ketika membuat persembahan.

"Kristal juga memakai cermin mata hitam seperti ingin menyorok matanya yang bengkak," kata peminat tersebut.

SMTown merupakan konsert yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan DM Entertainment.

Kejadian itu membuatkan para peminatnya menjadikan 'hashtag' #GetWellSoonSoJung (nama sebenar Kristal) sebagai trending di Twitter.

Terdahulu, Kristal juga pernah pengsan ketika membintangi drama Kiss & Cry pada tahun 2011 kerana penyakit anemia (kekurangan sel darah merah).

Difahamkan jadual kerja Kristal begitu padat kerana selain sibuk dengan konsert, dia turut  menjalani penggambaran drama My Lovely Girl  bersama Rain.

Tags / Kata Kunci: Kristal , f(x)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan