Dua Lagi Dijangka Tinggalkan Kumpulan EXO - K Pop | mStar

Dua Lagi Dijangka Tinggalkan Kumpulan EXO

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 12:00 AM

Lay (kiri) dan Tao dilaporkan bakal meninggalkan kumpulan EXO.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS Kris dan Luhan, dua lagi anggota EXO iaitu Lay dan Tao dilaporkan bakal meninggalkan kumpulan terkenal K-Pop itu.

Soompi 
melaporkan kedua-dua bintang itu nekad meninggalkan EXO kerana ingin menyertai Kris dan Luhan menubuhkan kumpulan baharu di bawah agensi Hwai Brothers yang bertempat di China.

Keempat-empat mereka yang turut berasal dari China itu juga dikatakan mahu membina kerjaya di negara asal mereka.

Bagaimanapun syarikat pengurusan mereka di Korea Selatan, SM Entertainment segera menafikan khabar angin terbaharu itu dan menegaskan Lay dan Tao masih bersama EXO.

"Gosip berkenaan tidak benar dan mereka berdua masih ahli EXO," kata wakil syarikat tersebut.

Dalam pada itu, biarpun SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung gosip terbaharu itu namun peminat masih ragu-ragu kerana Lay dilihat menjadi penyokong setia terhadap tindakan Kris dan Luhan agar meninggalkan EXO.


Tags / Kata Kunci: EXO , Lay , Tao , Luhan , SM Entertainment.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan