Saham SME Jatuh Merudum Selepas Pemergian Jessica dan Luhan

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 12:00 AM

Luhan meninggalkan EXO selepas menghantar notis saman kepada pihak pengurusannya, SM Entertainment.

(Ubah saiz teks)

SEJAK penyingkiran Jessica daripada Girls Generation, saham syarikat pengurusan kumpulan tersebut iaitu SM Entertainment (SME) jatuh sehingga 3.56 peratus.

Menurut laporan Koreaboo, lebih teruk lagi apabila keputusan salah seorang ahli kumpulan EXO, Luhan, yang nekad keluar daripada kumpulan itu dan menghantar notis saman kepada SME membuatkan saham syarikat itu turun kepada 14.87 peratus.

Perkara itu membuatkan pesaing terdekat syarikat itu, YG Entertainment kini berada di kedudukan pertama.

Jessica disingkirkan daripada Girls Generation.

SM Entertainment merupakan agensi yng dinaungi oleh kumpulan Big bang dan 2EN1.

Dalam pada itu, terdapat desas desus mengatakan dua anggota EXO iaitu Tao dan lay turut akan keluar daripada kumpulan itu.

Difahamkan mereka bercadang mahu menubuhkan sebuah kumpulan baharu. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan