Hubungan Yun Ho & Seo Yi Ji Sekadar Kawan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 12:04 AM

Yunho dan Seo Ye Ji bergandingan dalam drama bersiri The Night Watchman sehingga dikatakan bercinta.

(Ubah saiz teks)

KEKECOHAN mengenai hubungan cinta di antara Yunho dari kumpulan TVXQ dengan aktres Seo Ye Ji akhirnya memaksa pihak pengurusan mereka iaitu SM Entertainment membuka mulut bagi menjelaskan situasi sebenar.

Wakil syarikat berkenaan menafikan sekeras-kerasnya kedua-dua selebriti itu mempunyai hubungan cinta seperti dilaporkan dan berharap keakraban mereka sebagai kawan tidak disalah ertikan.

"Hubungan mereka hanya sekadar rakan biasa dan tidak lebih daripada itu. Laporan mengatakan mereka bercinta adalah tidak benar," kata wakil itu menurut laporan Soompi.

Yunho dan Ye Ji dikatakan bercinta selepas mereka sama-sama terlibat dalam drama bersiri berjudul The Night Watchman dan terdapat laporan mengatakan pasangan itu bermain cinta dan ia turut disaksikan oleh krew penggambaran.

Tags / Kata Kunci: Yunho , Seo Yi Ji , The Night Watchman.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan