Julien Kang Mohon Maaf Insiden Separuh Bogel, Mabuk

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 12:11 AM

Julien memohon maaf atas kejadian dia mabuk dalam keadaan separuh bogel sehingga ditahan pihak berkuasa.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan model Julien Kang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para peminatnya selepas insiden dia ditahan pihak polis dalam keadaan mabuk dan hanya memakai pakaian dalam di Gangnam pada pertengahan bulan lalu.

Portal Soompi melaporkan, Julien yang berdarah kacukan Korea dan Perancis itu berjanji tidak akan mengulangi kejadian disifatkan sebagai memalukan.

"Saya mohon maaf atas tindakan yang memalukan itu sehingga dikritik oleh banyak pihak dan saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan tidak akan melakukan kesalahan sama," katanya.



Julien ditahan pihak berkuasa.



Ketika ditahan pihak berkuasa, polis turut membuat ujian air kencing terhadap Julien untuk memastikan dia bebas daripada penggunaan dadah dan mereka mengesahkan pelakon drama bersiri To The Beautiful You itu tidak mengambil sebarang benda terlarang.

Julien ditemui oleh orang ramai yang melalui tempat dia dilihat terbaring dalam keadaan mabuk selain hanya memakai pakaian dalam sebelum mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan selebriti itu enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan dan menganggap ia sudah selesai. 
Tags / Kata Kunci: Julien Kang , To The Beautiful You.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan