Luhan (EXO) Alami Gangguan Tidur

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang anggota kumpulan EXO, Luhan meluahkan rasa kecewanya apabila tidak dapat menyertai kumpulannya untuk membuat persembahan di konsert The Lost Planet di Thailand pada Ahad.

Luhan berkata, dia mengalami gangguan tidur yang parah dan sakit kepada sehingga doktor menasihati agak berehat secukupnya.

Pihak pengurusan kumpulan itu iaitu SM Entertaiment mengesahkan perkara tersebut dan memberi cuti kepada penyanyi tersebut.

"Gangguan tidur dan sakit kepala membuatkan Luhan dilarang melakukan penerbangan jarak jauh dan harus berehat secukupnya.

"Keputusan ini adalah demi kesihatan artis kami dan juga kestabilan kesihatannya, Luhan akan kembali bergabung dengan EXO selepas sihat sepenuhnya," ujar pihak pengurusannya
Tags / Kata Kunci: Luhan , EXO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan