KBS Bakal Siar Persembahan Terakhir EunB & Rise (Ladies Code)

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 12:00 AM

Rise (kiri) dan EunB meninggal dunia selepas van yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri pada 3 September lalu.

(Ubah saiz teks)

PIHAK stesen KBS mengambil keputusan untuk menyiarkan persembahan EunB dan Rise daripada kumpulan Ladies Code yang meninggal dunia akibat kemalangan ngeri pada 3 September lalu.

Soompi melaporkan, ahli keluarga kedua-dua mendiang juga tidak mempunyai halangan pihak stesen berkenaan untuk menayangkan penampilan terakhir mereka sebagai tanda penghormatan.

"Pada asalnya KBS agak keberatan untuk memasukkan bahagian persembahan Ladies Code menerusi acara Open Konsert itu kerana bimbang tidak menghormati mendiang.

Ladies Code kali terakhir membuat persembahan bersama ketika acara KBS Open Concert pada 3 September lalu.

"Namun selepas mendapat persetujuan keluarga mereka akhirnya bersetuju menyiarkan persembahan tersebut khas buat peminat sebagai tanda penghormatan atas kehilangan mereka," kata wakil syarikat pengurusan Ladies Code, Polaris Entertainment. 

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas membuat persembahan di KBS Open Concert di Seoul, Korea Selatan.

EunB mati ditempat kejadian manakala Rise meninggal dunia selepas tiga hari mendapatkan rawatan di hospital.

Tiga lagi ahli Ladies Code iaitu Sojung, Zuny dan Ashley bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Rise , EunB , Ladies Code.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan