Tiket Konsert Bangtan Boys Laris Dalam Masa Dua Minit - K Pop | mStar

Tiket Konsert Bangtan Boys Laris Dalam Masa Dua Minit

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 12:06 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Kpop iaitu Bangtan Boys yang sedang meningkat naik bakal mengadakan konsert perdana mereka di Korea Selatan pada 18 dan 19 Oktober depan.

Menurut pihak pengurusan kumpulan itu, Big Hit Entertaiment, tiket-tiket habis dijual dalam tempoh dua minit sahaja selepas ia dibuka kepada umum pada 4 September lalu.

"Tiket konsert habis hanya dalam tempoh dua minit dijual," ujarnya.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan merancang untuk menambah sehari lagi persembahan konsert bagi memberi peluang kepada peminat kumpulan tersebut yang gagal mendapatkan tiket pada dua konsert itu.

Tags / Kata Kunci: Bangtan Boys
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan