EunB (Ladies Code) Terbunuh Akibat Kemalangan - K Pop | mStar

EunB (Ladies Code) Terbunuh Akibat Kemalangan

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 12:05 AM

EunB meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk dalam satu kemalangan ngeri pada Selasa lalu.

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang anggota kumpulan Ladies Code iaitu EunB terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan ngeri pada malam Selasa lalu.

Portal Soompi melaporkan EunB, 22, mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu dan gagal diselamatkan oleh pihak paramedik sejurus mereka tiba di tempat kejadian.

Semasa kejadian kenderaan tersebut dipercayai terbabas akibat keadaan jalan yang licin sehingga melanggar pembahagi jalan.

Selain EunB, dua anggota lain kumpulan berkenaan iaitu Sojung dan Rise mengalami kecederaan parah namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

Keadaan kenderaan yang dinaiki Ladies Code mengalami kerosakan teruk.

Bagaimanapun dua ahli lain iaitu Zuny dan Ashley bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan namun trauma dengan kejadian menimpa mereka.

"Kami amat sedih dengan kejadian ini kerana kami kehilangan EunB manakala Rise dan Sojung masih mendapatkan rawatan di hospital.

"Kami masih terkejut dengan kejadian ini," kata wakil syarikat pengurusan kumpulan itu kepada media.
Tags / Kata Kunci: EunB , Ladies Code , Kemalangan.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan