Barang Kim Soo Hyun & Jun Ji Hyun Dilelong

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 12:04 AM

Barang-barang Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun yang dilelong.

(Ubah saiz teks)

BIARPUN drama popular Korea berjudul Man From The Stars  sudah tamat pada awal tahun 2014, namun populariti pelakon drama itu masih lagi hangat.

Pelakon Kim Soo Hyun mengikat kontrak dengan 35 buah produk sebagai bintang iklan, manakala Jun Ji Hyun juga dikatakan menerima bayaran tinggi daripada syarikat periklanan.

Kali ini Dongdaemun Daesign Plaza mengambil peluang berkenanan melakukan lelongan amal barang-barang artis drama tersebut.

Acara lelongan amal ini dikendalikan  oleh dua pelakon komedi iaitu Hong Yoon Hwa dan Hwang Jin Young dan seramai 2,000 peminat hadir menjayakannya.

Pihak pengurusan acara itu memberitahu barang-barang yang dilelong akan disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan.
Tags / Kata Kunci: Kim Soo Hyun , Jun Ji Hyun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan