'The TaeTiSeo' Tak Akan Dedah Peribadi Taeyeon - K Pop | mStar

'The TaeTiSeo' Tak Akan Dedah Peribadi Taeyeon

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 12:01 AM

(Ubah saiz teks)

MESKIPUN sudah beberapa bulan berlalu, gosip cinta antara Taeyeon (Girls Generation) dan Baekhyun (EXO) masih lagi menjadi bualan ramai sehingga kini.

Bagaimanapun, Taeyeon dan Baekhyun tidak lagi dilihat bersama malah tidak menunjukkan kemesraan jika mereka berada di satu lokasi yang sama.

Baru-baru ini, tiga ahli Girls Generation iaitu Taeyeon, Tiffany dan Seohyun telah menghadiri ke sidang media OnStyle, The TaeTiSeo,  sebuah program realiti yang memaparkan aktiviti harian mereka.

Para wartawan sempat bertanya adakah mereka turut memperlihatkan sisi kehidupan peribadi dalam program berkenaan.

"Dalam program ini, penonton akan melihat bagaimana persiapan album baru kami. Kami ingin menunjukkan gaya fesyen yang digemari masing-masing.

"Selain itu, aktiviti harian kami juga tetap akan dipaparkan. Cuma, walaupun ia sebuah program realiti, saya rasa tidak perlu untuk kita berkongsi berkaitan hal peribadi," kata Taeyeon kepada Soompi.
Tags / Kata Kunci: The TaeTiSeo , Girls Generation
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan