Kim Hyun Joong Pukul Kekasih - K Pop | mStar

Kim Hyun Joong Pukul Kekasih

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 12:04 AM

Kim Hyun Joong bertindak kasar terhadap kekasihnya.

(Ubah saiz teks)

DUA tahun menjalinkan hubungan cinta, Kim Hyun Joong tidak pernah mempunyai masalah dengan kekasihnya.

Namun sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan Soompi, hubungan cinta itu mula goyah dan mereka kerap bertengkar.

Lebih teruk lagi, pertelingkahan mereka menjadi serius apabila Hyun Joong mengasari kekasihnya itu dengan menampar wajah wanita tersebut.

"Hyun Joong telah mengasari kekasihnya. Malah wanita itu ditendang dan dipukul sehingga menyebabkan kecederaan di wajah, dada, lengan dan bahagian belakang badan.

"Dia terpaksa ditahan di hospital selama dua minggu gara-gara tindakan kasar Hyun Joon," kata sumber.

Sementara itu, syarikat pengurusan aktor itu, KeyEast Entertainment terkejut dengan berita tersebut kerana tidak tahu dia sudah pun mempunyai kekasih.

Tags / Kata Kunci: Kim Hyun Joong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan