Teen Pop Artis Korea Pertama Adakan Konsert Di Panama

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 12:05 AM

Teen Pop artis Korea Selatan pertama mengadakan konsert di Panama.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN K-pop iaitu Teen Pop menjadi artis pertama dari Korea Selatan yang akan mengadakan konsert di Panama bersempena konsert jelajah dunia yang sedang berlangsung sejak Julai lalu.

Laman Allkpop melaporkan Teen Pop mengadakan konsert berkenaan pada 16 Ogos lalu di Stadium Roberto Duran sebelum meneruskan jelajah ke beberapa buah lagi negara Amerika Latin seperti Mexico dan Columbia.

Malah duta besar Korea Selatan di Panama turut menghantar mesej tahniah kepada kumpulan berkenaan atas kejayaan mereka mengadakan persembahan di negara tersebut.

Teen Pop yang dianggotai oleh enam anak muda itu turut menyampaikan sebuah lagu asal nyanyian King Africa berjudul La Bomba sebagai penghargaan kepada peminat mereka di Panama.

Selain itu, lagu popular mereka seperti Rocking, Don't Put On Perfume, To You dan Crazy turut disampaikan pada konsert hampir dua jam itu.

Tags / Kata Kunci: Teen Pop , Panama.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan