Peserta Superstars K2 Hilang 32 Kilogram Demi Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 12:00 AM

Perbezaan ketara wajah Bo Ram sebelum menguruskan badan.

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang peserta program realiti Superstars K2 nekad untuk menguruskan badannya demi memastikan dia dapat mencapai cita-citanya sebagai penyanyi K-Pop.

Berkat kegigihannya sepanjang berada dalam program berkenaan, Park Bo Ram berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 32 kilogram selepas melakukan diet ketat.

"Untuk mendapatkan imej yang sempurna saya bekerja keras untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik selain vokal dan wajah yang cantik," katanya.

Bo Ram yang sebelum ini memakai pakaian saiz XL kini dapat berbangga kerana dia kini menyarungkan baju dengan saiz paling kecil.

Dalam pada itu, kecantikan bukan sahaja menjadi perhatiannya malah perubahan dirinya itu dapat memberi inspirasi untuk peminat mengubah cara hidup dan mengamalkan hidup sihat.

"Saya sering berkongsi foto saya ketika berada di pusat kecergasan dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada peminat yang mempunyai masalah sama seperti saya untuk mengubah cara hidup," katanya.

Tags / Kata Kunci: Park Bo Ram , Superstars K2.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan