Bekas Miss Korea Yoo Mi Terjun Bidang Lakonan

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS Miss Korea, Kim Yoo Mi dikhabarkan sedang dilatih untuk membintangi drama Korea terbaharu berjudul Nodame Cantabile.

Wanita berusia 24 tahun itu pernah diumumkan sebagai Miss Korea pada tahun 2013 lalu.

Yoo Mi kini berada dibawah pengurusan Star Haus yang turut dinaungi oleh aktor popular Lee Min Ho.

Pihak pengurusan tersebut turut mengesahkan penglibatan wanita itu bergandingan dengan aktor Joo Won dalam drama tersebut.

"Dia akan bergandingan dengan Joo Won, ia merupakan peluang dan penghormatan buat Yoo Mi yang terpilih selepas menghadiri uji bakat yang dilakukan," ujar pihak pengurusan tersebut.

Drama tersebut turut dibintangi oleh Shin Eun Kyung.
Tags / Kata Kunci: Yoo Mi , Lee Min Ho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan