Kecedaran Halang Hoya Sertai Konsert Bersama Infinite - K Pop | mStar

Kecedaran Halang Hoya Sertai Konsert Bersama Infinite

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 12:04 AM

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Infinite, Hoya mengalami kecederaan teruk ketika tampil di acara Yoo Hee Yeol's Sketchbook pada Julai lalu.

Biarpun pada awalnya pihak pengurusannya meyakinkan peminat bahawa kecedaraan yang dialami oleh Hoya tidak begitu serius, namun sebenarnya kecederaan tersebut memerlukan penari utama kumpulan itu keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan.

Dalam beberapa rawatan yang dilakukan, Hoya telah mengalami jangkitan pada bahagian tulang rawan kakinya. Doktor telah menyarankan agar Hoya berehat secukupnya di rumah.

Bagaimanapun, pada 7 hingga 16 Ogos akan depan, Infinite dijadualkan untuk mengadakan konsert kecil mereka.

Persiapan pastinya terjejas apabila kekurangan seorang ahli. Syarikat pengurusan memberitahu bahawa kumpulan tersebut sedang menyesuaikan diri membuat persembahan tanpa Hoya.

Khabarnya, Hoya tetap berdegil untuk terlibat dalam konsert tersebut, malah memberitahu ingin mengambil ubat tahan sakit agar konsert itu berjalan lancar.

"Dia tetap mahu terlibat, malah ingin makan ubat tahan sakit agar dapat menyertai kumpulannya dalam persembahan itu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hoya , kpop , Infinite
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan