Chris Brown Sumbang Lagu Untuk JYJ - K Pop | mStar

Chris Brown Sumbang Lagu Untuk JYJ

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Amerika Syarikat, Chris Brown dilaporkan menyumbangkan sebuah lagu bertajuk Valentine untuk album terbaharu kumpulan JYJ.

Portal Soompi melaporkan, JYJ merakamkan lagu berkenaan di Los Angeles beberapa bulan lalu dan akan dilancarkan pada 29 Julai ini khas buat para peminat mereka.

"Album kedua JJY yang berjudul Just Us akan dilancarkan pada 29 Julai dan kami begitu teruja untuk memperdengarkan lagu ciptaan Chris kepada peminat," kata C-Jes yang mewakili kumpulan itu.

Paling membanggakan Chris turut menjemput Lonny Bereal untuk sama-sama menerbitkan lagu tersebut.



Tags / Kata Kunci: Chris Brown , JYJ.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan