Dihimpit Kontroversi, Lagu 2NE1 Menduduki Carta Teratas

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMENJAK akhir-akhir ini nama kumpulan 2NE1 menjadi perhatian apabila terlibat dalam pelbagai kontroversi termasuk penyalahgunaan dadah.

Meskipun kes berkenaan telah ditutup namun media di Korea sengaja mengungkit kembali kes tersebut dan mempersoalkan mengapa mereka boleh dibebaskan biarpun secara terang-terangan mengambil dadah.

Ahli 2NE1 turut dituduh menyeludup dadah selain memalsukan umur bagi memudahkan mereka mendapat bekalan dadah.

Pelbagai cerita kurang enak mengenai kumpulan itu telah memaksa salah sorang ahlinya iaitu Park Bom mengundurkan diri daripada program realiti Roomates.

Bagaimanapun sokongan peminat tidak pernah berbelah bahagi apabila lagu Don't Cry melonjak ke tangga pertama carta lagu di negara itu biarpun ia telah dilancarkan pada tahun 2011.

Tags / Kata Kunci: 2NE1. Don't Cry.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan