Kemunculan Semula Sistar

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 12:29 AM

Sistar sudah lama menyepi sejak pertengahan tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

SEJAK penghasilan album Give It To Me pada pertengahan tahun lalu, kumpulan Sistar sepi daripada sebarang khabar berita. Namun mereka bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Menurut laporan portal Hellokpop, masih membariskan anggota yang sama iaitu Hyorin, Dasom, Bora, Soyou, kumpulan ini akan muncul dengan sebuah album baharu yang dijangka akan dipasarkan pada 21 Julai ini.

Foto pengenalan album mereka yang bakal muncul tidak lama lagi.

Mereka muncul dengan konsep lagu dan imej baru buat para peminatnya. Beberapa keping gambar kumpulan itu sudahpun dikeluarkan oleh pihak Starship Entertainment sebagai 'teaser' untuk peminat-peminat lebih teruja menantikan album tersebut," kata jurucakap kumpulan itu.

Foto teaser itu hanya menampakkan siluet empat anggota tersebut beraksi dengan berlatarbelakangkan pantai. Selain itu mereka turut meletakkan tulisan 'SISTAR 20140721' menunjukkan tarikh kemunculan semula mereka.

Jika sebelum ini mereka popular dengan lagu-lagu gubahan Brave Brothers Double Sidekick, berbeza dengan album kali ini mereka akan bekerjasama dengan komposer Rado dan Choi Kyu Sung.
Tags / Kata Kunci: Sistar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan