Yoo Jae Suk Kemalangan Ketika Latihan Lumba Kereta

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Yoo Jae Suk dilaporkan mengalami kemalangan ringgan ketika membuat latihan lumba kereta di lapangan lumba kereta Songdo, Korea Selatan.

Latihan tersebut dilakukan untuk segmen istimewa acara Korea Speed Festival yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ketika latihan berlangsung, kereta yang dipandu Jae Suk melanggar pagar selepas tergelincir kerana jalan licin.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap pelakon tersebut.

"Beberapa bahagian kereta rosak tetapi Yoo Jae Suk tidak mengalami apa-apa kecederaan," ujar pihak pengurusan artis tersebut.

Jelasnya, Jae Suk tetap akan meneruskan aktiviti itu seperti yang dirancang.
Tags / Kata Kunci: Yoo Jae Suk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan