Lee Min Ho Sedia Berbogel Dalam Drama Lakonannya

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 12:00 AM

Lee Min Ho bersedia untuk berbogel dalam drama atau filem lakonannya sekiranya diminta berbuat demikian.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Min Ho memberitahu dia bersedia untuk melakonkan watak yang memerlukannya berbogel sekiranya itu adalah salah satu kehendak skrip sesebuah filem atau drama lakonannya. 

Bercakap kepada Soompi, Min Ho berkata, dia perlu bersedia dengan apa sahaja situasi mengikut kehendak sesebuah karya kerana itu adalah tugasnya sebagai pelakon.

"Jika itu kehendak skrip mengapa tidak, tambahan pula itu adalah tugas sebagai pelakon," ujarnya ringkas.

Bagaimanapun kata Min Ho, perkara itu subjektif dan memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak bagi mengelakkan rasa kurang selesa ketika berada di set penggambaran.

Dalam pada itu, Min Ho berkata, dia terkejut apabila diberitahu ada peminatnya di China melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan seperti wajahnya.

Kata Min Ho dia menganggap perkara itu sebagai lucu dan tidak menyangka ada individu yang sanggup berbuat demikian.

"Ia perkara lucu kerana setiap lelaki mempunyai persona yang berbeza dan daripada mahu menjadi orang lain adalah lebih baik dia berbangga dengan dirinya sendiri," katanya.
Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho , Bogel.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan