Cecilia Cheung Tidak Mahu Bercinta Dengan Selebriti - K Pop | mStar

Cecilia Cheung Tidak Mahu Bercinta Dengan Selebriti

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 12:00 AM

Cecilia Cheung mahukan seorang kekasih yang melayaninya seperti wanita biasa.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS bercerai dengan Nicholas Tse pada tahun 2011, seperti belum ada tanda bahawa aktres Hong Kong Cecilia Cheung sudah menjalinkan hubungan baru.

Menurut laporan Asian Pop News, Cecilia menerusi sebuah  temubual radio Cecilia berkata, dia mahu mencari seorang lelaki yang bukan daripada kalangan selebriti dan menerimanya sebagai seorang wanita biasa.

"Saya mahukan seorang lelaki yang melayani saya seperti seorang wanita biasa, bukannya kerana saya adalah selebriti.

"Dan pada masa sama lelaki itu perlu daripada kalangan orang biasa yang akan menerima saya seadanya tanpa mengambil peduli tentang gosip-gosip yang dicetuskan media," katanya.

Bagaimanapun tambah Cecilia, dia juga tidak mahu lelaki yang kaya, tetapi cukup sekiranya lelaki itu memberinya cukup makan dan tempat untuk berteduh.

Tags / Kata Kunci: Cecilia Cheung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan