G.Na Jaga Badan Bersenam Dalam Kereta

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 12:00 AM

G.Na mula menjaga penampilan diri sejak berusia belasan tahun.

(Ubah saiz teks)

BARU-BARU ini, G.Na menjadi selebriti undangan bagi program temubual OnStyle Get It Beauty dan penyanyi itu mempamerkan koleksi fesyen musim panas miliknya.

Menurut laporan Soompi, G.Na bukan sekadar menunjuk koleksi barangannya tetapi juga tip mendapatkan tubuh badan yang langsing.

"Saya menjaga bentuk tubuh badan saya sejak belasan tahun lagi. Tidak kiralah daripada segi penjagaan makanan sehinggalah kepada aktiviti bersenam.

"Tidak kira di mana-mana saya akan cuba bersenam termasuklah ketika berada dalam kereta saya akan perbanyakkan regangan otot," katanya.

Tambah penyanyi berusia 27 tahun itu, dia paling senang dengan bahagian pinggulnya kerana tidak perlu bersusah payah untuk bersenam mengekalkan bentuk pinggul yang cantik.

"Saya mahu berterima kasih kepada ibu kerana dia memiliki bentuk pinggul yang cantik dan saya mewarisinya," selorohnya.

Tags / Kata Kunci: G.Na

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan