Kris Sah Keluar EXO?

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 12:00 AM

exo korea
(Ubah saiz teks)

PIHAK pengurusan SM Entertaiment belum secara rasmi mengumumkan bahawa anggotanya Kris keluar daripada kumpulan EXO.

Bagaimanapun, anggota EXO yang lain memberitahu mereka akan bergerak dengan 11 orang anggota sahaja dalam rangka promosi kali ini," ujar Tao.

"EXO akan bekerja keras dan melakukan promosi dengan 11 orang ahli," ujarnya.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Tao merupakan anggota yang paling tertekan ketika kes pembatalan kontrak Kris berlaku sebelum konsert berlangsung.

Tao yang juga merupakan rakan baik kepada Kris ini juga tidak mahu masalah itu menjejaskan kumpulan tersebut.

"Kami tidak akan berhenti dan akan bekerja keras untuk jadi grop pertama di dunia," katanya.

Tags / Kata Kunci: KRIS , EXO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan