Artis K-Pop Bersaing Rebut Anugerah World Music

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 12:00 AM

Kumpulan Wonder Girls antara nama yang tersenarai pada acara tersebut.

(Ubah saiz teks)

ANUGERAH World Music 2014 bakal memperlihatkan saingan daripada artis-artis K-Pop yang tersenarai dalam pelbagai kategori pada acara yang berlangsung pada 27 Mei di Monte Carlo, Monaco.

Menerusi kategori World's Best Fan Base, tiga kumpulan daripada Korea Selatan, G-Dragon, EXO dan Super Junior M bakal bersaing dengan kumpulan terkenal Britian One Direction.

Artis K-Pop juga turut mendominasi dalam pencalonan menerusi kategori World's Best Group seperti 2NE1, B.A.P, Super Junior, EXO, Big Bang, Girls Generation, B1A4, Busker Busker, CN Blue, A Pink, Akdong Musician, Girls Day, Junggigo & Soyu Sistar, KARA, SHINee, Sistar19, SM The Ballad, TVXQ dan Wonder Girls.

Sementara itu, bagi kategori World's Best Male Artist, beberapa artis K-Pop turut tersenarai sebagai calon iaitu G-Dragon, Henry Lau, Junho 2PM, K.Will, Kim Hyun Joong, Jaejoong JYJ, PSY, Rain, Seo In Guk dan Choi Siwon.

Manakala bagi kategori wanita, Hyorin Sistar, HyunA dan IU, mewakili artis daripada Asia.

Anugerah World Music adalah cetusan idea daripada Putera Albert II dari Monaco sejak tahun 1989 bagi memberi penghargaan kepada para pemuzik di seluruh dunia.

Penyanyi terkenal, Mariah Carey bakal menerima anugerah pencapaian istimewa pada tahun ini iaitu Icon Awards atas pencapaian cemerlangnya sebagai penyanyi dan penerbit album.

Mariah sebelum ini pernah menerima pelbagai penghargaan menerusi Anugerah World Music termasuk Artist of the Millennium dan World's Best Selling Artist.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon , Wonder Girls , World Music Awards.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan