Kris Buka Mulut Selepas Tinggalkan Kumpulan EXO

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 12:02 AM

Kris akhirnya bersuara mengenai keputusannya meninggalkan SM Entertainment.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS membuat keputusan mengejut meninggalkan syarikat pengurusannya iaitu SM Entertainment, Kris dilihat lebih senang berdiam diri daripada memberi sebarang ulasan mengenai tindakannya itu termasuklah kedudukannya dalam kumpulan EXO.

Portal Soompi melaporkan, Kris bagaimanapun meninggalkan status khas di laman sosial Instagram miliknya meminta agar peminat tidak bimbang tentang keadaannya buat masa ini.

"Saya kini dalam keadaan baik dan terima kasih kerana masih setia menyokong kerjaya saya. Semuanya akan menjadi lebih baik selepas ini," katanya.

Menerusi status berkenaan juga, Kris menjelaskan dia kini tidak berdaya untuk menghadapi permasalahan yang disifatkan sebagai 'kuasa besar' dan berharap peminat terus bersabar.

Sementara itu, peminat Kris terus memberikan sokongan kepada penyanyi itu dengan meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat selain memintanya tidak meninggalkan kumpulan EXO.

EXO baharu sahaja kembali dengan album terbaharu mereka berjudul Overdose dan baharu sahaja mengadakan konsert di Shanghai, China yang dihadiri oleh 10 ribu peminat.
Tags / Kata Kunci: Kris , EXO.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan