Lee Hyori Pernah Jadi Mangsa Keganasan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 12:00 AM

Lee Hyori mengakui pernah menjadi mangsa keganasan domestik.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Hyori pernah menjadi mangsa keganasan yang dilakukan teman lelakinya ketika dia mula-mula muncul sebagai seorang selebriti.

Portal Allkpop melaporkan, Lee Hyori membuat pendedahan itu ketika muncul dalam program Magic Eye yang mengupas mengenai topik berkenaan.

"Ia pengalaman yang teruk tetapi ketika itu saya masih muda dan menganggap ia perkara biasa dalam sesuatu perhubungan," katanya.

Bagaimanapun kata Lee Hyori, kejadian itu memberi kesan kepada kehidupannya apabila dia bertukar menjadi seorang agresif dan beremosi sehingga dia sendiri melakukan perkara sama terhadap teman lelakinya ketika itu.

"Saya menjadi seorang yang emosi, sensitif dan cepat marah apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak menepati kehendak saya.

"Memukul, membaling telefon bimbit dan memecahkan barang adalah perkara biasa dalam hubungan kami ketika itu sehingga kadang-kala hilang kawalan," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia bertindak demikian kerana menyedari dia mempunyai harga diri tinggi dan tidak mahu ditindas dengan begitu mudah.

Lee Hyori kini bahagia dengan perkahwinannya bersama Lee Sang Soon. Mereka bernikah pada tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Lee Hyori , Lee Sang Soon.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan