Berat Badan Jooyeon (After School) Susut Kerana Tertekan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 12:00 AM

Jooyeon mengakui berat badannya susut kerana tertekan berlakon disamping pelakon terkenal dalam sebuah drama bersiri.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan After School iaitu Jooyeon mengakui berat badannya susut sebanyak empat kilogram gara-gara berlakon dalam sebuah drama bersiri pertamanya yang dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

Portal Soompi melaporkan, keadaan itu berlaku kerana Jooyeon berasa tertekan kerana perlu membuktikan kemampuannya sebagai seorang aktres memandangkan projek tersebut turut dibintangi oleh pelakon terkenal lain.

"Saya gembira apabila ramai pelakon yang saya hormati turut membintangi drama tersebut tetapi pada masa sama ia membebankan kerana saya perlu memastikan lakonan saya setaraf dengan mereka.

"Akibat daripada tekanan itu berat badan saya susut sebanyak empat kilogram," katanya.

Bagaimanapun kata Jooyeon, semua pelakon melayannya dengan baik selain memberikan tunjuk ajar kepadanya sepanjang membintangi drama tersebut.

Jelas Jooyeon lagi, dia berasa tertekan kerana ingin berusaha dengan baik dan mengakui sebagai seorang selebriti dia masih mempunyai banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Tags / Kata Kunci: Jooyeon , Kpop.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan