Penggambaran 'It's Ok, It's Love' Ditunda Hormati Kes Feri Tenggelam

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 12:08 AM

Pelakon utama drama Its Ok, Its Love yang terpaksa ditunda buat sementara waktu.

(Ubah saiz teks)

DUNIA hiburan Korea Selatan kini sedang bersedih dengan insiden tenggelamnya kapal Sewol.

Acara muzik dan drama terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum ditentukan sebagai menghormati insiden tersebut.

Drama terbaharu SBS berjudul It's Ok, It's Love  yang akan memulakan penggambaran pada akhir April ini terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Seperti dipetik daripada Rauters, GT Entertaiment telah mengumumkan pengunduran jadual tayangan drama ini yang pada asalnya pada Julai depan.

Drama tersebut berkisahkan tentang kehidupan di klinik sakit jiwa.
|
Ia turut menceritakan tentang kehidupan masyarakat yang sentiasa mengalami masalah jiwa.

Pelakon Zo In Sung dan Gong Hyo Jin memainkan watak utama dalam karya itu.

Tags / Kata Kunci: Kpop

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan