Tiffany (Girl Generation) & Nichkhun (2PM) Bercinta

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 12:08 AM

Tiffany dan Nichkhun dilaporkan telah mula bercinta sejak beberapa tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Girls Generation iaitu Tiffany akhirnya mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli kumpulan 2PM iaitu Nichkhun.

Portal Sports Seoul melaporkan pasangan itu telah bercinta sejak beberapa tahun lalu dan pernah menetap bersama-sama di Amerika Syarikat pada 2013.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Tiffany dan Nichkhun enggan mendedahkan hubungan berkenaan kerana bimbang kerjaya nyanyian mereka yang sedang meningkat akan terganggu.

"Kedua-dua mereka adalah bintang popular jadi mereka perlu berhati-hati kerana bimbang kerjaya yang baru sahaja meningkat naik ketika itu akan musnah," katanya.

Gosip hubungan mereka rancak diperkatakan apabila pasangan itu beberapa kali dilihat menghabiskan masa bersama-sama dalam suasana romantik biarpun menyedari ia menjadi perhatian umum.

Tiffany dan Nichkhun pernah bernaung di bawah agensi model yang sama iaitu Elite selain bergandingan mengacarakan sebuah konsert K-Pop di Thailand.

Pihak pengurusan kedua-dua selebriti itu turut mengaku pasangan itu sedang bercinta.

Tags / Kata Kunci: Tiffany , Nichkhun , Girls Generation , 2PM.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan