Astro Tayang Semula 'My Love From The Star'

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 8:23 PM

My Love From The Star mendapat sambutan hangat daripada penonton.

(Ubah saiz teks)

ATAS sambutan hebat dan permintaan ramai, saluran ONE HD (Astro 393) akan menyiarkan semula drama bersiri popular My Love From The Star secara maraton selama dua hari.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Astro, drama bersiri 21 episod itu akan ditayangkan bermula Jumaat (esok) dan Sabtu, pukul 6.30 petang.

My Love From The Star bukan sahaja mendapat rating tertinggi di Korea malah ia merupakan drama nombor satu di Singapura selain beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Pelakon Jun Ji Hyun yang terkenal dengan drama My Sassy Girl dan Kim Soo Hyun merupakan watak utama dalam siri drama romantik komedi ini.

Drama bersiri popular itu dibintangi oleh Kim Soo Hyundan Jun Ji Hyun.

Ia mengisahkan mengenai Kim yang memegang watak sebagai Do Min Joon seorang guru yang sebenarnya adalah makhluk asing.

Hidupnya mula didekati oleh Chun Song Yi seorang wanita yang garang, mementingkan diri dan mempunyai pelbagai masalah dalam kerjayanya.

Mereka mula bertemu dengan cara yang teruk tetapi secara perlahan-lahan, Do mula mempunyai perasaan terhadap Chun dan akhirnya jatuh cinta.

Tags / Kata Kunci: My Love From The Star , ONE HD.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan