Video Sikap Kasar Tersebar, Lee Jong Suk Minta Maaf

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 12:54 PM

Jong Suk memohon maaf kerana bersikap kasar terhadap peminatnya.

(Ubah saiz teks)

KONTROVERSI melibatkan pelakon dan model Jong Suk enggan melayan peminat yang ingin mendekatinya bukan satu perkara baharu bagi lelaki berkenaan.

Portal Allkpop melaporkan, Jong Suk sekali lagi dikritik apabila dikatakan bersikap kasar terhadap peminat yang cuba memberinya hadiah ketika tiba di lapangan terbang Hong Kong baru-baru ini.

Sikapnya itu berjaya dirakamkan dan video berkenaan tersebar luas di YouTube.

Menyedari perkara itu menjadi perbualan hangat dikalangan peminatnya, Jong Suk segera mengeluarkan kenyataan maaf atas kejadian tersebut dan menganggap ia satu salah faham.

"Saya minta maaf atas kejadian tersebut di atas kata-kata dan perbuatan saya yang tidak sepatutnya terhadap peminat saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web rasminya.

Jong Suk menjelaskan dia tidak menyedari peminat berkenaan menarik tangannya untuk memberi hadiah sebaliknya menyangka tangan wanita itu adalah salah seorang pengawal peribadinya pada hari kejadian.

"Pada kebiasaannya saya memang akan dikelilingi oleh ramai pengawal peribadi dan tidak menyangka tangan yang menarik saya itu adalah peminat," katanya penuh kesal.

Pelakon itu turut berjanji akan lebih prihatin selepas ini terhadap peminat yang ingin mendekatinya.


Tags / Kata Kunci: Lee Jong Suk , Kpop.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan