Kim Woo Bin Menangis Dihadapan 3,000 Peminat

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 3:14 PM

Kim Woo Bin bertemu peminatnya di Taiwan baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PELAKON drama bersiri The Heirs, Kim Woo Bin tidak dapat menahan perasaannya ketika bertemu dengan 3,000 peminatnya ketika berada di Taiwan baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, Woo Bin mengalirkan air mata apabila para peminatnya menyediakan sebuah video ucapan khas buatnya bagi menghargai pelakon itu. 

Malah pada majlis tersebut Woo Bin turut menyampaikan sebuah lagu kepada para peminatnya berjudul It's Fortune dan menghabiskan masa selama tiga jam bersama mereka.

"Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan saya sayangkan anda semua," katanya.
Tags / Kata Kunci: Kim Woo Bin , The Heirs , Kpop.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan