Yoo Seung Woo Dedah Kehidupan Peribadi Untuk Tatapan Peminat

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 1:21 PM

Seung Woo tinggal bersendirian di Seoul biarpun baharu berusia 17 tahun.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Yoo Seung Woo mengejutkan para peminatnya apabila membuat kemunculan dalam program Human Documentary dan mendedahkan kehidupan sehariannya kepada umum.

Menurut laporan portal Soompi, penyanyi berusia 17 tahun itu yang masih menuntut di sebuah sekolah tinggi di Seoul tinggal bersendirian tanpa ditemani keluarganya.

Dalam episod istimewa itu, Seung Woo menunjukkan kemahirannya memasak pelbagai jenis masakan dan memberitahu menggemari telur goreng yang dimasak dengan minyak bijan untuk dimakan bersama nasi.

"Saya masih muda dan sedang membesar jadi saya perlukan protien," katanya.

Seung Woo
Antara aktiviti Seung woo yang dipaparkan dalam program Human Documentary.

Dalam pada itu, Seung Woo berkata, pada mulanya dia sukar membiasakan diri tinggal bersendirian tinggal di Seoul namun semakin selesa selepas mengetahui selok belok bandar raya besar itu.

"Masa mula-mula datang ke Seoul hendak menaiki pengangkutan awam pun saya tidak tahu dan terpaksa bertanya atau membuat carian di internet kerana bimbang tersesat," katanya.
Tags / Kata Kunci: Yoo Seung Woo , Human Documentary , Kpop.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan