Nicole Tinggalkan Kumpulan Kara Untuk Ke New York

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS ahli kumpulan Kara iaitu Nicole kelihatan semakin bahagia dengan kehidupannya sejak meninggalkan kumpulan itu. 

Malah Nicole dikhabarkan meninggalkan Kara kerana ingin mengembangkan kerjaya nyanyiannya di New York, Amerika Syarikat. 

Penyanyi itu menerusi laman Instagram miliknya turut memuat naik beberapa keping gambar tentang aktiviti hariannya di negara itu selain memaklumkan kepada peminat dia kini lebih gembira. 

Pun begitu Nicole tidak memberitahu tujuan sebenar dia berada di New York.

Tags / Kata Kunci: Kara , Nicole , K-Pop.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan