Ahn Jae Hyun Ganti Kim Woo Bin Dalam M! Countdown - K Pop | mStar

Ahn Jae Hyun Ganti Kim Woo Bin Dalam M! Countdown

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 1:15 PM

(Ubah saiz teks)

PENGUNDURAN Kim Woo Bin sebagai pengacara program M! Countdown kerana kesibukannya menjalani penggambaran drama memberi laluan kepada Ahn Jae Hyun menggantikan tempatnya.

Berbeza dengan Woo Bin, Jae Hyun adalah seorang penyanyi rock dilihat akan memberi kelainan kepada program berkenaan dan pengalamannya dalam bidang muzik dan pengacaraan dapat membantunya mengendalikan rancangan tersebut.

Jae Hyun juga pernah menjadi penyampai radio selain berlakon drama bersiri popular From The Stars yang melonjakkan namanya sebagai salah seorang bintang terkenal di korea.
Tags / Kata Kunci: Ahn Jae Hyun , Kim Woo Bin , K-Pop , Korea.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan