Konsert jelajah Asia peluang Mariah Carey bercuti dengan anak - Bintang Global | mStar

Konsert jelajah Asia peluang Mariah Carey bercuti dengan anak

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2018 5:00 AM

Mariah bersama dua anaknya.

(Ubah saiz teks)

MESKIPUN sibuk dengan siri jelajah Asia, penyanyi Mariah Carey turut membawa kedua-dua anak kembarnya iaitu Moroccan Scott Cannon dan Monroe Cannon.

Sehari selepas konsert di Indonesia, penyanyi lagu My All ini dilihat seronok bersiar-siar bersama pasangan kembar itu di sekitar Jogjakarta.

Semasa di Taiwan pula, tiga beranak ini sempat mengikuti kelas memasak di sebuah hotel terkemuka di negara berkenaan dan mereka juga sempat meraikan Halloween di Jepun.

Malah, ketika mengadakan konsert di Kuala Lumpur, beberapa orang peminat turut sempat bergambar bersama Moroccan dan Monroe.

Menerusi siri jelajah Asia, Diva berusia 48 tahun itu telah mengadakan konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur pada 16 Oktober lalu.

Kali terakhir beliau tampil di Malaysia pada tahun 2014.

SUMBER: Tempo.com

Tags / Kata Kunci: Mariah Carey
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan