Tampil berkepala botak, Justin Bieber langgar janji! - Bintang Global | mStar

Tampil berkepala botak, Justin Bieber langgar janji!

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2018 5:30 AM

Justin Bieber menunjukkan imej terbaharunya di InstaStory pada Selasa. Foto PEOPLE

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Justin Bieber membuat kejutan apabila berkongsi imej terbaharunya yang berkepala botak di InstaStory pada Selasa.

People melaporkan peminat terkejut dengan tindakan penyanyi berusia 24 tahun itu memandangkan dia pernah membuat janji tidak akan lagi memotong rambutnya.

Sebelum ini, Justin pada Ogos lalu pernah dilihat berkunjung ke sebuah salun bersama isterinya, Hailey Baldwin namun untuk melakukan rawatan rambut.

Justin pernah membotakkan kepalanya pada 2016 sebelum tampil dengan beberapa imej termasuk rambut dreadlock.

Namun peminat memintanya mengubah gaya rambut itu kerana ia tidak bersesuaian dengannya.

"Saya sukakan awak Justin tetapi gaya rambut awak itu pelik... Sila ubah!," kata peminatnya.

Tags / Kata Kunci: Justin Bieber
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan