Rumah tak laku, Johnny Depp turunkan harga kepada RM6 juta - Bintang Global | mStar

Rumah tak laku, Johnny Depp turunkan harga kepada RM6 juta

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2018 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR Johnny Depp terpaksa menurunkan separuh daripada harga asal rumahnya selepas dua tahun gagal untuk dijual.

Kediaman yang mula dijual dengan harga US$3.4 iaitu kira-kira RM14 juta pada tahun 2016 terletak di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat.

Tidak lama selepas itu, dia terpaksa menurunkan harga kira-kira RM12 juta pada tahun 2017 apabila ia dianggap terlalu mahal.

Rumah Johnny Depp yang dijual dengan harga RM6 juta.

Bagaimanapun, kediaman keluasan 16.5 hektar itu tetap tidak laku sehingga dia terpaksa menurunkan harga menjadi RM6 juta.

Depp dikatakan tidak mahu mengambil risiko dan yakin harga tersebut adalah sesuai dengan kediaman berkenaan.

Biarpun susah untuk dijual, rumah mewah itu dilengkapi tujuh bilik tidur berserta tandas, kolam renang dan kemudahan lain.

Tags / Kata Kunci: Johnny Depp
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan