DJ David Morales disyaki seludup dadah di Jepun - Bintang Global | mStar

DJ David Morales disyaki seludup dadah di Jepun

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2018 5:30 AM

DJ David ditahan pihak berkuasa dipercayai membawa dadah. Foto: The Sun

(Ubah saiz teks)

KOMPOSER dan disc jockey (DJ) terkenal Amerika Syarikat iaitu David Morales ditahan pihak berkuasa Jepun kerana disyaki menyeludup dadah pada Ahad.

Menurut News Sky, David ditangkap di Lapangan Terbang Fukoka, Jepun setelah pihak kastam mendapati terdapat objek mencurigakan yang dibawa bersama penyanyi tersebut dan ia dipercayai dadah jenis ekstasi.

"Dia ditahan kerana melanggar undang-undang berkaitan narkotik," kata jurucakap polis.

Pihak berkuasa mendapati dadah seberat 0.3 gram itu diletakkan dalam beg bimbitnya.

Bagaimanapun, akhbar tempatan melaporkan David menafikan dakwaan membawa masuk barang terlarang tersebut.

"Bukan milik saya, seseorang cuba menganiaya saya," katanya.

Kedatangan David ke negara matahari terbit itu adalah bagi memenuhi undangan persembahan di Fukola.

Tags / Kata Kunci: David Morales
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan