Kendall Jenner bermain cinta dengan adik rakan baik - Bintang Global | mStar

Kendall Jenner bermain cinta dengan adik rakan baik

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2018 5:30 AM

Kendall Jenner dan Anwar Hadid dilihat mesra ketika sama-sama menjayakan Minggu Fesyen Paris.

(Ubah saiz teks)

MODEL terkenal Kendall Jenner dilaporkan bermain cinta dengan adik kepada model Gigi dan Bella Hadid iaitu Anwar Hadid ketika mereka sama-sama menjayakan Minggu Fesyen Paris baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan Kendall, 22, mula berkawan rapat dengan Anwar, 19, selepas dia berpisah dengan pemain bola keranjang, Ben Simmons pada Ogos lalu.

Sumber memberitahu pasangan itu kelihatan sangat rapat dan sentiasa bersama ketika berada di Paris.

Malah Gigi dan Bella turut merestui hubungan Kendall yang juga rakan baik mereka dengan adik kesayangan mereka itu.

"Mereka kelihatan sepadan bersama.. Malah Gigi dan Bella pun tidak menghalang mereka berdua berkawan atau pun bercinta," kata sumber.

Adik kepada Kim Kardashian itu pertama kali dilihat menghabiskan masa bersama Anwar yang juga seorang model bulan lalu ketika mereka menghadiri sebuah majlis di New York.

Tags / Kata Kunci: Kendall Jenner , Anwar Hadid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan