Dakota Johnson bagi nombor telefon peribadi untuk dihubungi - Bintang Global | mStar

Dakota Johnson bagi nombor telefon peribadi untuk dihubungi

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2018 5:00 AM

Dakota mahu berkongsi derita mangsa penderaan seksual. Foto: Time

(Ubah saiz teks)

PELAKON Dakota Johnson melakukan sesuatu di luar jangkaan apabila berkongsi nombor telefon peribadinya kepada orang awam.

Menurut Time, Dakota mendedahkan nombornya itu semasa berada di acara Global Citizen Festival 2018 di Great Lawn, Central Park, New York, baru-baru ini.

Namun tindakan pelakon Fifty Shades Of Grey itu berkongsi nombor tersebut adalah di atas sebab tertentu.

Dia memberitahu mahu membantu wanita seluruh dunia yang pernah atau sedang berdepan keganasan serta gangguan seksual.

"Ini nombor telefon saya, kamu boleh hubungi saya dan ceritakan pengalaman menakutkan itu," ujarnya sambil menunjuk ke arah nombor yang tertera di skrin.

Tags / Kata Kunci: Dakota Johnson
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan