Beyonce tayang siaran Piala Dunia 2018 pada konsertnya - Bintang Global | mStar

Beyonce tayang siaran Piala Dunia 2018 pada konsertnya

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2018 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

KONSERT bintang terkenal Beyonce dan suaminya Jay Z di Paris pada malam Ahad lalu berlangsung pada saingan merebut Piala Dunia 2018.

Disebabkan tidak mahu peminatnya tertanya-tanya tentang perkembangan perlawanan tersebut, Beyonce menayangkan beberapa aksi menarik pada perlawanan itu  ketika konsert berlangsung.

Tayangan dilakukan di layar lebar yang sepatutnya menampilkan aksi persembahan Beyonce dan Jay Z itu.

Penonton turut bersorak apabila melihat pasukan kegemaran mereka Perancis menewaskan Croatia merebut piala berprestij itu.

Peminat tidak menyangka selebriti itu prihatin dengan perkembangan sukan bertaraf dunia itu.

Malah, selepas kemenangan Perancis, Beyonce menyarungkan baju jersi pasukan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Beyonce , Jay Z
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan