Miley Cyrus padam foto di IG, netizen jangka bakal lancar produk - Bintang Global | mStar

Miley Cyrus padam foto di IG, netizen jangka bakal lancar produk

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2018 5:30 AM

Miley Cyrus

(Ubah saiz teks)

BINTANG pop Miley Cyrus mengejutkan dunia hiburan apabila memadam semua foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya pada Sabtu.

Akaun Miley yang mempunyai pengikut seramai 76 juta itu turut memadam ruangan highlights story yang menyimpan video-video kenangan.

Bagaimanapun, aksi begini bukan pertama kali dilakukan selebriti Hollywood.

Sebelum ini, Taylor Swift juga memadam semua fotonya sebelum melancarkan album Reputation.

Miley padam semua foto di IG.

Taylor memuat naik semua foto yang memberi petunjuk tentang albumnya sahaja.

Sebelum itu, Blake Lively juga pernah melakukan perkara sama bagi mempromosikan filem terbaharunya A Simple Favor.

Rata-rata netizen sudah dapat membaca dan membuat spekulasi bahawa tunang Liam Hemsworth ini bakal melancarkan karya terbaharunya.

Ada juga segelintir yang beranggapan aktres itu mungkin ingin mengumumkan hubungan percintaanya dengan Liam yang dikatakan semakin serius.

Menurut netizen, ada kemungkinan kedua-dua selebriti tu sudah atau mungkin bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Miley Cyrus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan