Justin Bieber & Hailey Baldwin sah bertunang - Bintang Global | mStar

Justin Bieber & Hailey Baldwin sah bertunang

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2018 1:28 PM

Justin Bieber dan Hailey Baldwin mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Justin Bieber pada Selasa mengesahkan gosip mengatakan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan personaliti televisyen Hailey Baldwin.

Justin, 24, menerusi Instagram mendedahkan dia dan Hailey mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu dan menganggap ia adalah nombor bertuah buat mereka berdua.

"Pengaturan Tuhan itu sangat tepat, kami bertunang pada hari ketujuh dalam bulan ketujuh, nombor tujuh itu adalah bertuah buat kami berdua," tulisnya.

Penyanyi lagu Baby itu turut memuat naik gambarnya bersama Hailey dan memberitahu wanita itu adalah cinta hatinya selain mahu menghabiskan keseluruhan hidupnya bersamanya.

Justin mengesahkan mengenai berita pertunangannya di Instagram.

"Awak adalah cinta hati saya dan saya tidak rasa dapat hidup tanpa awak. Awak membuatkan saya menjadi seorang insan lebih baik dan kita saling melengkapi.

"Ia melucukan kerana bersama awak segala-galanya menjadi lebih baik," tulisnya.

Hailey, 21, menerusi Instagramnya pula memberitahu dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan seorang insan yang hebat dalam hidupnya.

"Tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan syukur saya," tulisnya.

Justin dan Hailey mula dikaitkan mempunyai hubungan sejak 2016 sebelum kembali serius pada Jun lalu.

Tags / Kata Kunci: Justin Bieber , Hailey Baldwin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan