David, Victoria sambut ulang tahun perkahwinan ke 19 - Bintang Global | mStar

David, Victoria sambut ulang tahun perkahwinan ke 19

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2018 5:31 AM

Pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke 19.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti yang dikhabarkan sedang berantakan iaitu David Beckham dan Victoria Beckham tampil dengan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 19.

David dan Victoria menerusi Instagram mereka memuat naik saat romantik makan malam berdua-duaan pada malam Khamis.

Kedua-duanya memuat naik foto berpegangan tangan dan mengukir senyuman manis ke arah kamera.

Pada foto itu David turut menulis kapsyen berbunyi "19 tahun wow. Hari ini pada 19 tahun yang lalu aku memakai baju serba ungu dari hujung rambut ke hujung kaki. Selamat ulang tahun untuk isteri dan ibu yang luar biasa," ujarnya.

Ia sekali gus menepis khabar angin pasangan itu bakal bercerai.

Tags / Kata Kunci: David Beckham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan