Bapa Michael Jackson meninggal dunia pada usia 89 tahun - Bintang Global | mStar

Bapa Michael Jackson meninggal dunia pada usia 89 tahun

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2018 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

BAPA kepada mendiang Michael Jackson iaitu Joe Jackson dilaporkan meninggal dunia pada Rabu di usia 89 tahun.

Wakil keluarga Jackson iaitu Carlos Reyes memberitahu Joe meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pankreas pada tahap akhir.

Joe mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Las Vegas.

Pihak doktor juga sudah memaklumkan bahawa dia tidak mampu bertahan kerana keadaan penyakit yang semakin teruk dan usia yang semakin tua.

Dia menghidap penyakit tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Lelaki berkenaan bertanggungjawab menubuhkan kumpulan The Jackson 5 dan membina kerjaya solo Michael dan Janet.


Tags / Kata Kunci: Joe Jackson
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan