Sangkal bakal bercerai, Victoria ditemani anak ke minggu fesyen - Bintang Global | mStar

Sangkal bakal bercerai, Victoria ditemani anak ke minggu fesyen

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2018 5:40 AM

Victoria ditemani anak lelaki sulungnya, Broolyn Beckham ketika menghadiri Minggu Fesyen Paris.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pereka fesyen Victoria Beckham menghadiri Minggu Fesyen Paris ditemani anak sulungnya, Brooklyn Beckham pada Sabtu lalu sehari selepas dia menyangkal dakwaan bakal bercerai dengan David Beckham.

"Terima kasih Brooklyn kerana menjadi teman saya hari ini," tulis Victoria di Instagram.

Victoria yang juga ibu kepada tiga lagi cahaya mata iaitu Romeo, 15, Cruz, 13, dan Harper, 6, menggayakan blaus berwarna biru dipadankan dengan seluar merah manakala Brooklyn tampil dengan gaya streetwear pada acara itu.

Gaya ibu dan anak ketika hadir ke Minggu Fesyen Paris.

Sebelum ini, Victoria secara terbuka memberitahu bukan mudah untuknya membahagikan masa sebagai seorang ibu, isteri dan kariernya namun dia sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

"Ia bukan mudah untuk menjadi ibu dan isteri terbaik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Victoria Beckham , Brooklyn Beckham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan